Misteri Sultan Azlan Shah (5)
Laporan
polis terhadap Sultan Azlan Shah
Sebagai langkah awal untuk mendapatkan kembali hak warisan Kesultanan Perak, Ku
Ann @ Raja Amran telah membuat satu laporan polis di Ibupejabat Polis, Kuala
Kangsar.
Kuala Kangsar Rpt: 2741/04
Masa: 1440hrs.
S/D: 8410/04
Tarikh: 15/09/04
Nama: Amran bin Muhammad
No K/p: 440910-08-5527
Umur: 60 thn.
Pekerjaan: Tiada
Alamat: *************, Jalan Kenanga, 55200, K.L
Tel: 016-283****
Pada 03/02/1984, Raja Azlan Shah telah dilantik menjadi Sultan Perak ke-34 oleh
Majlis Dewan Negara Negeri Perak dengan dipersetujui bekas Menteri besar Ramli
ngah Talib dan direstui oleh Bekas Dato Dr Mahathir Mohammad. Raja Azlan Shah
tidak ditabal mengikut adat istiadat diraja seperti mandi bersiram yang
seharusnya disempurnakan sebelum baginda ditabalkan menjadi Sultan.
Saya, Ku Ann@Amran Muhammad adalah pewaris terdekat yang telah hilang taraf
raja semenjak zaman kanak-kanak atas bijak pandai Raja Azlan Shah yang telah
mengambil cap ibu jari saya diatas stu borang yang saya sendiri tidak pasti isi
kandungan didalamnya tanpa saya disuruh membaca ketika berusia lebih kurang 13
tahun. Perkara ini berlaku semasa Raja Azlan mula-mula menjawat jawatan
Majistret di Mahakmah Rendah Ipoh.
Antara saya dengan Raja Azlan Shah ada kait mengait yang sama-sama pernah
dipelihara oleh Almarhumah Puan Khatijah Ahmad, Ibu saudara saya yang telah
mengambilnya sejak kecil dari keturunan orang biasa dan ibunya pula keturunan
Cina Siam ketika Almarhumah menjadi isteri kepada Sultan Yusof. Pengambilan
Raja Azlan Shah oleh Almarhumah disamping memperguna pakai bin tanpa merujuk
terlebih dahulu, Raja Yusuf amat murka dan terpaksa Raja Yusof menceraikan
Almarhumah. Masa itu, Raja Yusof sudah mempunyai seorang anak bernama Raja
Baharom Shah hasil perkahwinan Almarhum dengan Almarhumah.
Raja Baharom pula semasa dizaman kanak-kanak menghidap sakit otak terus menerus
sehingga dia dirawat dihospital Tanjung Rambutan. Raja Azlan Shah diambil
sebagai anak angkat oleh Almarhumah memikirkan Raja Baharum sudah tidada
harapan untuk sembuh dengan penyakitnya itu.
Saya adalah orang yang bertanggungjawab menjaga, menghantar makanan dan
persalinan dengan berulang alik ke hospital setiap hari tanpa diberi
persekolahan yang telah terhenti bagaimana yang dijanjikan oleh Almarhumah.
Sesudah sekian lama penceraian antara Almarhum dengan Almarhumah, Raja Azlan
terus menerus diberi pelajaran sehingga ke Malay College Kuala Kangsar dan
seterusnya ke London mengambil jurusan undang-undang. Begitupun, Almarhumah
masih mendesak Almarhum supaya Raja Azlan diperakui sebagai anak dan mencatitkan
nama Raja Azlan Shah didalam rekod senarai kerabat-kerabat Negeri Perak yang
bakal mewarisi takhta suatu masa nanti.
Hakikatnya mahu tidak mahu Raja Yusof terpaksa mengakui Raja Azlan Shah sebagai
anak memikirkan Almarhumah masih menjadi isteri semasa Raja Azlan Shah diambil
sebagai anak angkat demi menjaga maruah dan martabat sebagai seorang Raja.
Seseorang Sultan yang akan ditabalkan seharusnya berdarah raja yang berdaulat
dan bukannya dari anak angkat yang digunapakai bin seseorang raja atau mereka
yang bukan anak raja sebenar.
Dewan Negara Negeri Perak mempunyai kuasa untuk menggugurkan semula seseorang
Sultan dari menduduki takhta jika ia didapati bukan dari darah raja berdaulat
yang benar-benar layak bersemayam dalam Istana Iskandariah di bukit Chandan
Kuala Kangsar yang dijaga rapi oleh pendaulat jin kerajaan bernama Megat
chandin, kalau ada Sultan yang tidak tahan dengan daulat istana Bukit Chandan,
maka Sultan terpaksa berpindah dan akan mencari istana lain yang mungkin
difikirnya tidak ada gangguan lagi.
Kalau selagi Sultan tidak turun balik dari takhtanya, Jin tetap menganggu
kemana saja Sultan pergi. Saya membuat laporan ini tujuan mahu mendapatkan
semula hak saya sebagai pewaris raja berdaulat yang sudah hampir setengah abad
dipinggirkan oleh seseorang yang bukan raja bergelar Sultan yang mempunyai
kedudukan tinggi.
T. Tangan Pengadu
________________
Penerima Report
(L/Kpl 135515 Zairosmaya)
_________________
Berikut pula adalah surat jawapan daripada Ibupejabat polis Kuala Kangsar.
Encik Amran bin Muhammad
******
************
Jalan Kenanga
55200 Kuala Lumpur.
Kuala Kangsar Repot:2741/2004 Bertarikh 15 Sept, 2004 - Laporan polis terhadap
DYM Paduka Seri Sultan Perak.
__________________________________________________ ___________________________
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Setelah meneliti laporan tuan berkaitan tuntutan tuan terhadap tahta
pemerintahan Negeri Perak, dimana tuan mendakwa sebagai pewaris sebenar
Kesultanan Negeri Perak, adalah didapati ia merupakan perkara sivil. Oleh yang
demikian, pihak polis tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap tuntutan
tuan yang berkenaan. Tuan bolehlah mendapat nasihat peguam tuan untuk tindakan
seterusnya.
Sekian, terimaa kasih.
"SEDIA BERKHIDMAT"
"MESRA, CEPAT DAN BETUL"
(ZAKARIA BIN PAGAN) P/SUPT
kETUA POLIS DAERAH
KUALA KANGSAR.
No comments:
Post a Comment